Friday, August 13, 2010

Siapakah dia Umar b Abd Aziz?


Baru-baru ini, didalam media telah memetik kata2 daripada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek iaitu UMNO dan PAS menggunakan isu agama untuk meraih sokongan politik dikalangan bangsa melayu.. ape yeah isu agama tu?..emm.. mungkin perpaduan yang dicanang oleh UMNO(tapi gaya macam bertepuk sebelah tangan), Cuma media mainstream sahaja yang berkokok satu kampung walaupun telur tak keluar lagi sebenarnya..kemudian kemasukan ulama muda(agak menarik untuk diperkatakan, kelihatan seperti sejarah telah berulang, nantilah saya masukkan entry untuk cite ulama ni). Tapi yang PAS guna isu agama ni saya pun kurang pasti, sebab PAS memang mengangkat islam itu sebagai misi dan visinya yang utama. So, apa-apa isu pun, islam adalah terasnya.

Dr chua cakap, jangan optimistik jika PAS memerintah, negara ini bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Lagi dia cakap ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam…bla bla bla.. korang boleh baca kat sini.

Nak dijadikan cerita ini menarik, yang tukang jawab tuduhan dr chua ini adalah bangsa dia sendiri iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Lim siap cerita berkenaan kegemilangan samasa pemerintahan Umar b Abd Aziz, kita yang islam ni pun ramai yang ternganga… sapo plak umar b abd aziz ni… umar al-khattab penah la dengar sebab diorang sebut2 dalam selawat masa habis solat terawih rakaat ke-8.

Inilah yang kita bolah kata, jika anda berkawan dengan orang yang jual minyak wangi, anda akan dapat tumpang bau harumnya, tapi bila anda berkawan dengan orang tukang besi, anda akan tumpang bau hangitnya.

So, siapa Umar b Abd  Aziz ni? Bagus sangat ke dia ni? sehinggakan umat islam telah sepakat megatakan bahawa beliau adalah “khulafa’ ar-rasyidin yang kelima” selepas abu bakr, umar al-khattab, uthman, dan ali.

Banyak kisahnya yang kita boleh kongsikan untuk dijadikan panduan buat pemimpin Negara atau pemimpin umat islam pada masa kini.

Ketika didalam tampuk pemerintahan,diriwayatkan bahawa anaknya abd malik berkata kepadanya: “kenapa ayah tidak menghapuskan kemaksiatan? Demi Allah aku tidak peduli jika aku dan kamu akan berada dalam periuk yang mengelegak demi kebenaran.” Anak muda yang bertakwa dan bersemangat ini meginginkan ayahnya menghapuskan kezaliman sekaligus tanpa bertangguh dan berlembut dan selapas itu tak kisah lah ape nak jadi, jadi lah ygang penting amar makruf nahi mungkar.

Maka umar menjawab: “wahai anakku, janganlah kamu gopoh dalam perkara ini kerana Allah telah mengecam arak dalam al-qurannya sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali ketiga. Aku amat bimbang bila aku membebankan kebenaran ini kepada manusia sekaligus lalu mereka menolak kesemuanya dan ia akan menjadi fitnah.

Khalifah umar ingin memulihkan keadaan dengan bijaksana dan berperingkat-peringkat berpandukan dasar yang telah diambil oleh Allah dalam mengharamkan arak kepada hambanya. Umar juga berkata: “ saya bimbang untuk membebani manusia dengan kebenaran dan ia akan menjadi fitnah”. Macam hudud kat Malaysia ni la kan. Tak pasal2 jadi fitnah yang sangat besar kepada umat islam. Masalahnya, yang fitnah tu orang islam sendiri. Bukanlah saya bermaksud hudud itu perlu ditolak, tapi ia perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah oleh pemimpin islam. Bukankah hikmah itu merupakan sifat yang perlu ada pada pemimpin?

 Umar juga seorang yang berhati2 dalam membelanjakan harta kerajaan. Bagi beliau, daripada menghabiskan duit dalam ketenteraan yg perlukan banyak harta simpanan kerajaan, lebih baik ia dibelanjakan bagi menampung kekurangan dan memenuhi keperluan sesiapa yg memerlukan. Hahahhah, ini lagi satu tepek kat batang hidung sendiri. Beli kapal terbang tak boleh terbang, beli kapal selam tak boleh selam, kan membazir tu. Nak off topic jap, teknologi adalah sesuatu yang perlu dibangunkan, bukan dibeli. Jika ia dibeli, pasti akan rugi.

Beliau percaya bahawa keadilan adalah asas sesebuah Negara. Bukan kekerasan atau pembangunan materialistik seperti yang digunakan oleh sesetengah pemerintah bani umayah.

As-sayuti dalam kitabnya “tarikh al-khulafak” menceritakan al-jarrah bin abdullah telah menulis kepada umar b abd aziz: “ ahli khurasan merupakan kaum yang buruk layanan mereka dan mereka hanya boleh dipulihkan dengan pedang dan sebatan. Saya akan melakukannya jika amirul mukminin mengizinkan saya berbuat demikian.” Lalu umar membalas suratnya: “surat kamu telah sampai kepada saya yang menyebut berkenaan ahli khurasan.kamu telah melakukan pendustaan kerana mereka boleh dipulihkan dengan keadilan dan kebenaran. Oleh itu lakukanlah perkara tersebut terhadap mereka. Wassalam.”

Yahya al-ghassani, salah seorang gabenor umar telah berkata: “setelah umar melantik saya sebagai gabenor di al-musil, saya dapati ia adalah tempat yang paling banyak berlaku kecurian dan rompakan. Lalu saya menulis surat kepada umar untuk memberitahu perkara tersebut dan saya bertanya kepadanya: “ apakah saya boleh menghukum mereka secara dzan, dan memukul seseorang semata-mata dengan tuduhan ataupun saya menghukum mereka berdasarkan bukti yang nyata dan apa yang dianjurkan oleh sunnah. Beliau menjawab: “ kamu hendaklah menghukum manusia berdasarkan bukti dan apa yang dianjurkan oleh sunnah dan jika mereka tidak dapat dipulihkan oleh kebenaran, maka Allah tidak akan memulihkan mereka.” Yahya berkata lagi: “aku pun melakukan seperti yang disuruh, dan ketika aku meninggalkan al-musil, ia menjadi salah satu tempat yang paling baik dan paling kurang berlakunya kecurian dan rompakan.”

Selain itu, umar juga telah menambah gaji semua gabenornya seratus ke dua ratus dinar sebulan. Alasannya supaya mereka menumpukan perhatian kepada kerjanya. Korang kira lah sendiri sekarang ni satu dinar sama dengan rm300+-, purchasing power dia 1 dinar dapat beli seekor kambing kalau x silap.

Lagi kisah yang menarik yang boleh dikongsikan ialah seperti yang diriwayatkan dalam kitab al-amwal karangan abu-ubaid: “ umar telah menulis kepada gabenornya, abd hamid abd rahman yang berada di iraq agar memberikan harta kepada penduduk kawasan itu. Abd hamid menulis kembali dan berkata bahawa dia telah berbuat demikan, tapi masih banyak lagi baki didalam baitul mal. Umar pun menulis kepadanya: “lihatlah sesiap yang berhutang bukan disebabkan kebodohannya atau sifat membazirnya dan bayarlah hutang itu.(contoh skang ni, pinjam duit sambung belajar) Gabenor balas surat balik: “itu pun saya da buat tuanku, tapi banyak lagi duitnye dalam baitul mal” umar balas balik: “ko carilah orang lelaki bujang yang xde harta, kahwinkanlah mereka dan bayarlah mahar untuknya”. Gabenor tu pun balas balik: “aku telah mengahwinkan setiap orang lelaki bujang yang aku jumpa, tapi masih ada baki lagi dalam baitul mal.” Umar balas: “carilah orang yang dimestikan membayar jizyah, tapi tidak mampu mengusahakan tanahnya. Berikanlah pinjaman kepadanya sehingga dia mampu untuk menghidupkan tanahnya dan kita akan memaafkannya selama setahun ke dua tahun.

Bab jizyah ni paling menarik. Jizyah ni merupakan cukai yang perlu dibayar oleh orang kafir lelaki yang berlindung di bawah pemerintahan islam. Ini menunjukkan duit baitul mal itu boleh diberikan kepada orang bukan islam. Ape yang Umar buat, dia bagi pinjam, lepas dua tahun baru bayar balik duit tu tanpa riba.

Al-baihaqi telah meriwayatkan dalam kitab ‘al-dalail’: “umar b abd aziz telah memerintah selama (sila baca Hanya) 30 bulan. Demi Allah, beliau tidak mati kecuali setelah beliau datang kepada kami dengan membawa harta yang banyak lalu berkata: “bahagikanlah harta ini kepada semua fakir miskin.” Tidak lama selepas itu, harta tersebut dikembalikan kepadanya. Dia mencari-cari kepada siapakah patut ditinggalkan harta tersebut tetapi tidak dijumpainya. Sesungguhnya umar telah mengkayakan semua orang dizamannya.

Begitu juga seperti yang diriwayatkan oleh yahya b said: “ umar telah mengutus ku ke kawasan di Afrika untuk memungut harta sedekah, maka aku melaksanakan tugasku. Kemudian aku mencari fakir miskin untuk memberikan harta tersebut, malangnya aku tidak mendapati seorang pun yang layak menerimanya. Sesungguhnya, umar telah mengkayakan semua orang.

 Ini menunjukkan orang bukan islam juga hidup kaya dibawah pemerintahan Umar. Kalau orang islam je kaya, tapi orang bukan islam hidup merana, pasti akan berlaku pemberontakan dan huru hara.

Tidak hairanlah jika seluruh ulama sepakat mengatakan umar adalah mujaddid untuk seratus tahun yang pertama seperti dalam hadis nabi s.a.w yang bermaksud

Sesungguhnya, Allah akan mengutuskan kepada umat ini setiap permulaan seratus tahun orang yang akan memperbaharui urusan agamanya (mujaddid).

2 comments:

  1. Patutnya org yg menguruskan zakat pergi kejar golongan fakir & miskin untuk diberi wang zakat yang banyak, bukannya menunggu untuk mereka buat permohonan~

    ReplyDelete