Kepada yang mengenali diri aku, mereka pasti bersetuju yang aku ni jenis kuat gelak dan kuat bergurau, tapi perangai aku ini hanya dengan member2 atau orang yang rapat jer. Kalau dengan orang yang aku tak beberapa kenal, aku menjadi seorang yang pendiam, memang makan senyum jelah memanjang dengan aku kecuali orang tu yang memulakan perbualan dulu. Itu pun kalau ada mood, kalau takde mood,aku buat2 keluarkan hp konon ada orang msg. Sepatutnya orang macam aku ni susah nak buat bisnes, sebab tak reti networking. Nasib baiklah partner aku ni sangat hebat dalam perhubungan awam. So kalau ade meeting or interview memang partner aku jer yang bersuara. Aku topup sikit2 je.
Dengan member2 aku ni pun aku tengok keadaan jugak, tak semua yang boleh dibawak bergurau, sebab nanti ade yang makan hati setahun, pening campur pelik gak dapat member yang tak reti nak bergurau ni. Tapi kalau diorang yang mula gurau kasar dulu, itu bermakna diorang merelakan diri mereka untuk aku gurau kasar balik. Takkan diorang boleh gurau kasar dengan aku, tapi aku x boleh gurau kasar dengan diorang. Betul tak?
Salah sorang member yang aku suke bergurau ni nama die kery. Banyak gak die main kasar dengan aku, tapi aku tak amek port sangat, name pun member, tapi bile ade peluang memang aku pulang paku buah keras. Lihat sahaja dalam blog dia, berapa kali die petik nama aku untuk menjadikan modal dalam entry2 nye. Dalam al-quran pun sekali je nama aku dipetik, itu pun sudah pasti bukan pasal diri aku tapi berkenaan Zaid bin Harithah (al-ahzab : 37) (dalam ayat 4 dan 5 surah yang sama pun sebut pasal zaid bin harithah jugak tapi tak sebut nama la).
Satu hari mase kat sekolah menengah dulu, time tu dah habis waktu persekolahan, aku ngan kery ni jalan2 tanpa tujuan kat dalam sekolah. Kitorang lalu kat lobi sekolah rendah (sekolah kitorang ni bersambung dengan sekolah rendah) dan aku mencapai ganggang telefon awam. “kery ade syiling tak?” kery menghulur sambil bertanye: “ko nak call sape?” aku menjawab “adelah” acuh tak acuh sambil memasukkan duit syiling dan menekan 8 kali punat telefon yang aku pun dah tak ingat nombornya. Apebile terdengar bunyi deringan dibelah sane, aku terus bagi kat kery dan berkata “din, din” dengan bermaksud suruh die bercakap dengan seseorang yang bernama din. Dahulu menjadi suatu kebiasaan dikalangan budak2 termasuklah budak sekolah aku untuk mengutuk atau mengejek nama bapa kawan2 ni. Dalam keadaan kami berdua masa tu, kery pasti ingat aku mengajak dia untuk buat prank call kat member kitorang yang bernama perk dimana nama bapak perk adalah khairudin. Lantas kery terus mencapai ganggang telefon daripada aku dan bersedia untuk membuat panggilan hangit. Apabila orang kat sana angkat telefon je kery terus berkata, : “hello, din ade?” orang kat sane pun menjawab: ”banyak la ko punye din, ko nak ape sebenarnye ni?” kery membalas sambil tersengih: “eh, abg ngah, jangan lah marah, orang bergurau jer, abah ade tak? Saje nak tanye kabar, ok lah lain kali adik call lagi, bye”. “*&^(%@$ punye zaid” Aku pun ketawa terbahak2 sambil berguling2 kerana dapat mengenakan member aku yang bernama kery bin bahauddin.
Pernah juga aku bergurau dengan member aku bernama teng ketika dia sedang drive. Anda jangan tiru aksi ini kerana boleh membawa kepada kemalangan. Waktu itu, kereta yang teng drive berhenti di trafic light sebab merah. Sementara menunggu lampu hijau, teng bermain msg dengan hp dia. Sewaktu die sedang khusyuk menaip msg, aku menjerit: “hijau, jalan!” teng yang mengelabah, terus menukar gear daripada N kepada D dan menekan minyak pendikit. Dalam masa split second, teng menekan brek semula dan mengungkapkan kata2 “kau nak mati ke?” kepadaku sebab sebenarnya traffic light masih merah. Aku hanya mampu ketawa.
Pada zaman rasulullah juga terdapat sebahagian sahabat yang terkenal dengan sifatnya yang suka bergurau. Diantara sahabat tersebut adalah an-Nu’aimaan bin Umar al-Ansaari. Beliau merupakan sahabat yang menghadiri bai’ah al-aqabah terakhir, menyertai perang Badar, Uhud, Khandak, dan peperangan yang lain. Kita semua sedia maklum, sahabat yang menyertai perang badar ni ada specialnya yang tersendiri.
Didalam kitab “al-fukaah wal Marah” karya az-Zubair bin Bakkaar banyak meriwayatkan kisah lucu berkenaan an-Nuaimaan antaranya ialah
Beliau setiap kali memasuki mana2 bahagian Madinah, beliau akan membeli sesuatu, kemudian membawa barang tersebut kepada nabi s.a.w seraya berkata: “ini adalah hadiahku untuk kamu”. Apabila tuan punya barang tersebut datang kepada an-Nuaimaan menuntut harga bayaran, beliau mengajaknya menemui nabi s.a.w dan berkata kepadan nabi s.a.w: “berikan kepada orang ini harga barangnya”. Baginda bertanya: “tidakkah kamu telah menghadiahkan kepadaku?” beliau menjawab: “demi Allah, aku tidak mempunyai wang untuk membayar harganya, tetapi aku suka kamu memakannya.” Baginda lantas ketawa dan membayar kepada tuan empunya barang.
Lagi az-Zubair meriwayatkan, “Seorang badwi telah datang menemui rasulullah dan menambat untanya dikawasan masjid lalu sebahagian daripada kawan-kawan an-Nuaimaan berkata kepadanya: “jika kamu menyembelihnya, kami akan memakan dagingnya. Sesungguhnya kami amat berkeinginan untuk makan daging unta.” Maka dia pun menyembelihnya. Apabila selesai berurusan dengan rasulullah, badwi itupun keluar dan terkejut melihat apa yang terjadi lalu menjerit: ”oh..mereka telah menyembelihnya wahai muhammad!” rasulullah pun keluar lalu bertanya: ”siapa yang melakukan perkara ini?” mereka menjawab: ”an-Nuaimaan.” rasulullah mencari an-Nuaimaan sehinggalah menjumpainya di rumah Dhobaaghah binti az-Zubair b abd Mutalib bersembunyi didalam lubang yang diletakkan pelepah tamar diatasnya. Baginda mengeluarkan an-Nuaimaan dan lantas bertanya: ”apakah yang menyebabkan kamu melakukan perkara ini?” dia menjawab: ”mereka memberitahu kamulah yang meminta aku berbuat demikian”. Rasulullah menyapu tanah yang ada pada muka an-Nuaimaan sambil ketawa, kemudiannya membayar ganti rugi kepada badwi itu.
Az-Zubair berkata lagi: ”bapa saudaraku telah menceritakan daripada datukku bahawa Makhramah bin Naufal adalah seorang tua yang telah mencecah usia 115 tahun. Suatu hari dia berada didalam masjid dan ingin kencing didalamnya. Para hadirin pun menjerit: ”ini masjid....masjid.” an-Nuaimaan pun meminpin tangannya dan mendudukkannya dibahagian masjid yang lain lau berkata: ”disinilah”. Orang ramai menjerit lagi lalu si tua itu berkata: ”celaka, siapa pula yang telah membawaku ketempat ini?” lalu mereka menjawab: ”an-Nuaimaan”. Si tua itu pun berkata: ”demi Allah kalau aku menjumpainya aku akan memukulnya dengan tongkatku ini sehingga dia menjadi sepertiku.” an-Nuaiman kemudiannya diberitahu tentang kata2 orang itu. Pada suatu hari yang lain, beliau datang kepada si tua itu dan disisinya uthman bin affan sedang bersolat seraya berkata: ”adakah kamu mahu melakukan apa-apa terhadap an-Nuaimaan?” si tua yang tidak mengenali an-Nuaimaan itu menjawab: ”ya”. Lalu an-Nuaimaan memimpin tangan si tua itu sehingga sampai kepada uthman yang sedang bersembahyang. Beliau berkata: ”inilah dia an-Nuaimaan”. Orang tua itu terus mengangkat tongkat dan memukul uthman sehingga luka. Orang ramai pun menjerit: ”kamu telah memukul amirul mukminin”.
Ummu Salamah teah meriwayatkan Abu Bakr telah pergi berniaga ke Basrah setahun sebelum kewafatan Nabi s.a.w bersama an-Nuaimaan dan Suwaibit b Harmalah. Kedua-duanya adalah sahabat yang menyertai perang Badar. An-Nuaimaan berada diatas unta pembawa bekalan makanan. Suwaibit berkata: ”berikanlah makanan kepadaku.” an-Nuaimaan menjawab: ”tidak, sehinggalah datangnya Abu Bakr”. Suwaibit berkata: ”demi Allah aku akan menjadikan kamu marah”. Kemudian mereka melalui satu kaum lalu Suwaibit berkata: ”adalah kamu ingin membeli seorang hamba abdi daripadaku?” mereka menjawab: ”ya”. Suwaibit berkata: ”tapi dia ni seorang hamba yang agak pelik, dia akan berkata kepada kamu bahawa dia seorang yang merdeka. Kalau kamu mendengar dia berkata demikian janganlah kamu percayakannya dan janganlah kamu rosakkan hambaku ini”. Mereka pun bersetuju membeli ’hamba’ suwaibit dengan harga 10 qalaais. Mereka pun meletakkan ditengkok an-Nuaimaan tali pengikat. An-Nuaimaan pun berkata: ”orang ini telah memperdayakan kamu, aku adalah orang seorang yang merdeka dan bukannya hamba”. Mereka pun berkata: ”oh ya, kitaorang dah tau dan sedia maklum yang engkau akan kata begitu”. Mereka pun bertolak dan membawa an-Nuaimaan bersama. Apabila Abu Bakr datang, Suwaibit menceritakan kisah itu kepadanya. Abu Bakr menjejaki mereka, memulangkan harga yang dibayar dan membawa an-Nuaimaan balik. Selepas mereka sampai kepada Rasulullah, mereka meceritakannya kepada baginda lalu Rasulullah dan para sahabat ketawa panjang.
No comments:
Post a Comment