Masa kecik2 dulu, abah selalu membelikan untuk aku dan adik beradik buku cerita, macam-macam jenis buku cerita abah belikan,; novel, cerpen, sains, kisah nabi, hikayat 1001 malam, hikayat melayu lama dan macam-macam lagi. Kalau korang datang rumah ayah aku, korang boleh tengok betapa banyaknya buku kat rumah tu dari pelbagai genre. Buku yang dah dibuang atau pun sedekah pun banyak, terutamanya buku kanak2, dia terlupa kot cucu dia nak baca jugak.Aku banyak habiskan masa waktu kecik dengan mengadap buku dan juga mendengar radio sebab tv abah tak bagi tengok kecuali lepas asar sampai pukul 7 malam je, itu pun kalau tak pegi main bola kat padang sebelah rumah, kalau main memang tak tengok.
Tv dulukan arial nya cocok kat belakang, so abah boleh cabut dan simpan dalam bilik dia. Kadang2 tu bukak jugak, tapi nampak semut hitam putih jelah.itu jelah waktu yang boleh tengok tv. Kalau sabtu ahad tu ade kelonggaran sikit.
Kebanyakan iklan raya yang dramatic yang konon-kononnya menusuk kalbu dan menyentuh perasaan orang ramai sebenarnya dah lama wujud jalan cerita tu, Cuma ia berjaya diterjemahkan ke layar tv. Aku harap orang tu tak claim cerita tu cerita dia. Itu yang kadang-kadang aku rasa nak jadi penerbit iklan pun ade(kalau ade lubang, kenen kenen kan lah ye)
Ok. Balik kepada cerita buku tadi. Dalam banyak2 buku yang aku baca ni, ada satu buku yang aku baca ceritanya bertajuk “Orang yang membuat parit.” siap dengan ilustrasi. Ceritanya camni, ia berkenaan seorang raja yang ada ahli sihir, ahli sihirnya dah tua dan uzur, maka raja menyuruh ahli sihir itu mencarikan perantis baru untuk dirinya. Maka lepas ditemuduga, dapat lah dia seorang yang paling layak.
Maka bermulalah sesi pembelajaran anak muda ini. Macam2 skill la yang dia belajar, terbang pakai penyapu tu tak sure dia belajar ke tak. Tetapi dalam pada dia menuntut ilmu dengan ahli sihir ni, die serong sekejap (zaman dulu lagi dah ade orang kaki serong), menerima nasihat dan peringatan daripada seorang rahib (bukan rahib esa komik alam perwira). Anak muda ini turut tertarik dengan apa yang disampaikan oleh rahib. Tiap-tiap hari sebelumdia pegi istana, belajar dengan ahli sihir, dia akan jumpa rahib dulu. Alasan yang dia bagi bila lambat sampai istana jangan tanya aku. Dah nama pun alasankan, macam – macam boleh dijadikan point.
Sehinggalah pada suatu hari, masa on da way nak pegi istana, anak muda itu terserempak dengan raksasa(binatang besar) yang menghalang jalan dan menganggu orang ramai. Maka anak muda tu pun mengambil seketul batu dan berkata: ”wahai tuhan, jika ajaran rahib itu yang lebih engkau sukai dari ajaran ahli sihir, maka engkau bunuhlah binatang itu dengan batu ini.” lalu dilontarnya batu itu dan matilah binatang berkenaan. Maka makin percayalah anak muda itu kepada ajaran yang disampaikan oleh rahib.
Ekoran daripada peristiwa itu, anak muda tersebut meneruskan pembelajaran dengan rahib sehingga dia pandai dan mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit sopak, kusta, serta penyakit-penyakit lain. Pada suatu hari, seorang pembesar raja yang buta matanya berjaya disembuhkan oleh anak muda tersebut. Semasa menghadap raja, raja yang kepelikan bertanya kepada pembesar itu: ”siapa yang sembuhkan penglihatan kau?” pembesar itu menjawab: ”tuhanku”. Raja itu menjawab: ”bila masa plak aku sembuhkan mata kau?” pembesar itu membalas: ”bukan begitu maksudku, yang menyembuhkan aku adalah tuhanmu dan juga tuhanku”. Sang raja pun apa lagi, menyirap lah, lalu pembesar itu pun disiksa.
Akhirnya, sampailah kepengetahuan raja berkenaan anak muda tersebut, lalu disiksanya anak muda itu sehingga dia memberitahu berkenaan rahib. Rahib tersebut juga enggan mengaku yang raja itu adalah tuhannya, lalu rahib itu dihukum mati dan badannya digergaji.
Kemudian, anak muda yang tetap dengan pendiriannya itu pun dihukum mati juga dengan dibawa ke atas bukit untuk dicampak kebawah sehingga mati. Anak muda itu berdoa dan tidak ada apa2 yang terjadi kepada diri anak muda itu. Percubaan untuk membunuh anak muda itu diteruskan lagi, kali ini dengan membawanya ketengah laut dengan menaiki sampan untuk dicampak sehingga lemas. Anak muda itu berdoa lagi, akibatnya kapal yang dinaiki karam dan anak muda itu sebaliknya selamat.
Akhirnya anak muda itu berkata kepada raja: “tuanku tidak akan dapat membunuh patik kecuali dengan satu cara.” Raja membalas: ”apa dia caranya” Anak muda itu pun menjawab: “ tuanku kumpulkan semua rakyat jelata, kemudian tuanku ikat patik, seterusnya tuanku panah patik dengan mengucapkan “dengan nama Allah, tuhan budak ini”
Raja pun melakukan seperti apa yang disuruh oleh anak muda itu tadi, apabila semua rakyat jelata sudah berkumpul, proses pembunuhan pun dijalankan dengan mengikut apa yang diajar oleh anak muda itu tadi, dan meninggal dunia lah anak muda itu. Rakyat jelata yang melihat kejadian itu kesemuanya berkata: “kami beriman dengan tuhan budak ini”
Lalu raja menggali parit yang besar dan dinyalakan api yang menyemarak dan kesemua rakyat jelata dihumban kedalam parit api tersebut. Sehinggalah tiba giliran seorang ibu bersama bayinya yang masih kecil. Wanita itu teragak2 untuk dihumban kedalam api dan ingin kembali ke agama asalnya sehinggalah bayi itu berkata(terdapat 3 peristiwa bayi boleh bercakap dengan fasih; yang ni, nabi isa, lagi satu tak igt, zaman nabi musa kot) “wahai ibuku, bersabarlah. Sesungguhnya engkau dijalan yang benar dan ini hanyalah satu kesulitan kecil.” Maka akhirnya tinggallah raja yang zalim bersama konco2nya.
Cuba korang bayangkan korang baca buku ni masa kecik2, dengan ahli sihirnya, rahib yang baik, raksasa besar tapi baling batu kecik je dah mati, kene gergaji badan, campak dari atas bukit tak mati, kapal karam tapi selamat, kene panah guna “mantera” baru mati, parit api yang besar, dan bayi yang boleh bercakap. Semuanya kelihatan seperti rekaan semata-mata dan imaginasi si penulis. Tapi bila aku makin besar, baru aku tau yang cerita tersebut bukan cerita rekaan, tetapi kisah benar yang terdapat dalam al-quran. Itulah cerita ”ashabul ukhdud” dalam surah al-buruj.
No comments:
Post a Comment